Program Dailog Sivik anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Tuaran dengan Kawasan Rukun Tetangga Kg. Tambalugu yang diadakan pada 6.Julai.2009 bertempat di Dewan Serbaguna kampung itu telah mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk di kampung tersebut malah turut dihadiri oleh para pemimpin dari kampung lain yang berhampiran.
Program yang dihadiri oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri dari seluruh daerah Tuaran itu telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kiulu, Datuk Lovis Rampas.
Antara matlamat utama program itu diadakan adalah bertujuan memberi penerangan yang jelas kepada para penduduk mengenai usaha-usaha yang sedang dirancang dan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya isu pembangunan di kampung itu.